Friday 3 June 2011

I'm here with Sis Munirah's Notes

Assalamua'laikum.

Hari ini hari Sabtu bertarikh 2 Rejab 1432 H, bersamaan 4 Jun 2011.

Alhamdulillah, diizinkan Allah hari ini untuk saya mencuba dan membuat blog ini setelah sekian lama hati ini ingin membuat blog yang comel ini.

Kenapa berblog?
Tentu sahaja kerana Allah.

Pinta hati ini:
"Ya Allah, aku mohon restu, rahmatMu dan bimbinganMu agar aku menulis nota di sini kerana Kau Tuhan Yang Maha Pengasih. Ya Allah, aku mengharapkan semoga cebisan kecil Nota Sis Munirah ini berguna untuk diri sendiri dan masyarakat."

Saya mengharapkan redha Allah dalam setiap patah perkataan yang saya taip. Saya ingin nota saya bisa menjadi salah satu wasilah dakwah. Saya menyedari hakikat ramai penulis a.k.a pendakwah menggunakan method penulisan di mana-mana cawangan siber dan ada juga yang bermula dengan blog yang comel seperti ini, maka saya juga ingin mencuba!

Doa saya lagi: 
"Ya Allah, berikanlah hati dan jiwaku agar istiqamah dalam menguruskan nota ini."

Ya, semoga saya berterusan menulis nota di sini dan dapat berkongsi dengan teman-teman sekalian.

I'm starting...

3 comments:

  1. salam kak, tahniah berjya buat blog
    dakwah bil blogger..hehe
    smga istiqamah
    smga mampu menyampaikn wlpun ia pahit sbb yg benar kdang kala bnyk pahitnye..hu3

    okey, slmt ber bloggers =)

    ReplyDelete
  2. Waslm, jijah rupenya... hehe... baru nak berjinak dik. Harap akak tidak tersimpang dan tersasul ke arah lain.

    Harap dapat belajar daripada Jijah ya. Sila tunjuk ajar akak. (^~^)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah kak, sy xde pandai mana pun,,bnyk sgt2x kelemahannya..
    tp same2 kte saling bntu membntu..huhu...

    -MARDHATILLAH-

    ReplyDelete

Teman, komenlah nota ini. Komen agar Munirah sedar!